eRezeki

Selamat Datang ke jobgowork.blogspot.com

Saturday 12 December 2015

Zakat



Pengertian Zakat

Zakat Dari segi bahasa bererti, SUCI, BERSIH, BERKAT, BERTAMBAH dan SUBUR
Pengertian "SUCI" dan "BERSIH" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Zakat Dari segi syara’ pula ialah mengeluarkan kadar tertentu, dari harta tertentu  untuk diagihkan kepada orang-orang yang tertentu dan dengan syarat tertentu.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat
Setiap individu yang ingin mengeluarkan zakat perlu memahami syarat-syarat bagi wajib membayar zakat.  Syarat-syarat tersebut ialah:
1. Orang Islam
(Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja)

2. Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik
(Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat)

3. Harta tersebut telah cukup Nisab
(Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)

4. Cukup Haul
(Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi)



Sumber : http://www.zakat-muib.gov.bn/subindex.asp?id=A101_08


Kerjaya - Jawatan kosong 1

Kerjaya - Jawatan kosong 2

Kerjaya - Jawatan kosong 3

Popular Posts