eRezeki

Selamat Datang ke jobgowork.blogspot.com

Friday 19 February 2016

APEL - Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu


APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:
1. Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
2. Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
3. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
4. Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).








Meja Bantuan

Segala penghantaran permohonan dan pertanyaan berkaitan penilaian APEL boleh dikemukakan kepada pegawai berikut: 

Pegawai:
  Mr. Mohamad Azley bin Ahmad
  Tel : +603-7968 7112
  Email : azley@mqa.gov.my
 
Alamat:
  Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ
  No.17 Jalan Yong Shook Lin
  46050 Petaling Jaya
  SELANGOR DARUL EHSAN

Sumber :
http://www.mqa.gov.my/APEL/index1.cfm

Thursday 4 February 2016

Ganoderma

 

Apakah yang anda tahu tentang Ganoderma lucidum ?

Ganoderma lucidum adalah sejenis cendawan daripada lebih 250 spesis. Ia dipanggil dengan pelbagai nama mengikut masyarakat seperti Melayu: cendawan merah, Cina: ‘lingzhi’, Jepun: ‘reishi’ dan Korea: ‘yeongji’. Menurut bahasa Greek: ‘ganos’ bermaksud bersinar, manakala ‘derma’ bermaksud kulit. Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba China ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik ( Gred 1 ) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan.


Bagaimana Ganoderma Berfungsi?

Selepas pengambilan Ganoderma, tindakbalas di antara kandungan aktif Ganoderma dan tubuh badan akan berlaku. Tindakbalas ini boleh diringkaskan dalam 5 peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

Mengesan (1-30 hari) Kandungan aktif Ganoderma mula membantu untuk mengatur fungsi badan. Pada peringkat ini, badan akan merasakan tindakbalas Ganoderma semasa ia mengenalpasti toksin dan penyakit.

Membersih - menyahtoksin (1-30 minggu) Pada peringkat ini, Ganoderma bertindakbalas untuk menyingkir asid urik, asid laktik, kolesterol, lemak berlebihan, sel tisu mati dan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin-toksin ini kemudiannya disingkir melalui sistem perkumuhan seperti air kencing, najis, peluh atau bisul, ruam atau kahak. Ini merupakan tanda-tanda proses menyahtoksin sedang berlaku ke atas tubuh badan.

Menyeimbang (1-12 bulan) Pada peringkat ini, kandungan aktif Ganoderma akan bertindakbalas memulihkan badan dan proses ini boleh diperhatikan dengan jelas.

Membaikpulih (6-24 bulan) Ganoderma terus bertindak untuk menguatkan sistem imun dan membaik pulih anggota tubuh dan sistem yang terjejas. Pada peringkat ini, ia juga membekalkan mineral dan vitamin untuk mempercepatkan kadar penyembuhan.

Awet Muda (1-3 tahun) Matlamat terakhir pengambilan Ganoderma ialah mengekalkan fungsi badan ke paras yang optimum dan membantu mengekalkan keremajaan.



Info dari www.ganoexcel.com.my

Kerjaya - Jawatan kosong 1

Kerjaya - Jawatan kosong 2

Kerjaya - Jawatan kosong 3

Popular Posts