eRezeki

Selamat Datang ke jobgowork.blogspot.com

Saturday 12 December 2015

Melancong secara Backpacker



Ramai dalam kalangan kita menganggap mengembara atau melancong itu satu hobi yang mahal. Saya pun termasuk dalam golongan itu jugalah sebelum ini hinggalah saya menemui istilah ‘Backpacker‘ Hakikatnya, segalanya bergantung kepada kita untuk melancong secara murah/bajet atau mewah.


Backpackers ni adalah satu cara melancong dengan kos rendah dan lebih bebas. Biasanya,  ia kerap dikaitkan dengan penggunaan beg galas (backpack) atau bagasi lain yang mudah digunakan untuk perjalanan jarak jauh atau dalam jangka masa yang lama. Disebabkan penggunaan backpack inilah golongan backpackers mendapat nama. Hehe.
Pengangkutan
Bagi memastikan kos mengembara murah, backpacker biasanya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam sahaja seperti bas ataupun keretapi berbanding kapal terbang ataupun kereta sendiri. Mungkin ada juga yang menggunakan penerbangan terutamanya yang menawarkan tambang murah seperti AirAsia, Tiger Airways, Jetstar, Malindo AirFirefly dan sebagainya.
Namun, biasanya tiket penerbangan perlu dibeli berbulan-bulan lebih awal untuk mendapatkan harga yang paling murah, malah kadang-kadang tu cuma bayar harga cukai sahaja. Berat bagasi juga perlu diminimakan untuk mengelakkan caj bagasi yang agak mahal. Andai tidak melepasi berat maksimum, biasanya sekitar 10 kg – 15 kg, bagasi atau backpack boleh dibawa masuk ke dalam kabin TANPA caj tambahan.
Penginapan
Bagi penginapan pula, ramai yang memilih hotel bajet sahaja. Ada juga yang memilih dorm dan berkongsi dengan backpacker-backpacker lain. Pilihan ini lebih menjimatkan dengan harga sekitar RM 20 – RM 30 semalam bergantung kepada tempat yang kita singgah tu. Namun, ia mungkin lebih sesuai untuk backpacker solo.
Ada juga yang memilih untuk tinggal di hotel kapsul, satu konsep baru yang mula diperkenalkan di Jepun. Ruangnya sangat sempit, cukup-cukup untuk berbaring sahaja dengan fasiliti yang sangat minima. Sesuai la untuk backpacker solo dan tak kisah tentang privasi. Di Malaysia setakat ni, ada satu hotel yang mempunyai konsep yang sama iaitu Hotel UFO Capsule yang terletak berhampiran Berjaya Times Square.


Perancangan
Ini adalah satu unsur yang sangat penting bagi backpacker. Ya lah, kalau upah ajen untuk bawa kita mengembara dengan mewah, tak perlu la fikir-fikir sangat. Segalanya dah tersedia. Tapi bagi backpacker, segalanya perlu disediakan sendiri. Inilah cabarannya dan dari cabaran sebeginilah datangnya keseronokan dan kepuasan peribadi!
Sebelum memulakan perjalanan, kaji dulu destinasi yang ingin dituju melalui buku-buku yang mempunyai maklumat mengenai topik-topik seperti bahasa, budaya, makanan dan sejarah sesebuah negara. Cari juga senarai penginapan dan tempat untuk makan yang murah, bersama-sama dengan peta lokasi-lokasi pelancongan utama.
Buku panduan format digital menjadi lebih popular, terutama sejak kemunculan telefon pintar dan netbook ringan dan komputer riba. Ia pilihan yang lebih mudah kerana boleh dimuat turun dalam peranti mudah alih dalam format pdf. Pastinya lebih mudah dibawa dan menjimatkan ruang backpack berbanding buku-buku.
Sebenarnya, melancong secara murah/bajet atau mewah ni bergantung kepada pilihan kita. Dalam apa jua keadaan sekalipun, termasuk sama ada melancong secara solo atau berkumpulan, ada keluarga atau tak. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita masih boleh mencari pilihan yang menjimatkan! Menjadi seorang backpacker, mesti panjang akal sikit. Paling penting, perancangan tu mesti teliti dan rapi!


Sumber : http://www.notakembara.com/sembang/2013/backpacker-melancong-secara-murah/

Kerjaya - Jawatan kosong 1

Kerjaya - Jawatan kosong 2

Kerjaya - Jawatan kosong 3

Popular Posts