Kelebihan Minyak Kelapa Dara.
|
1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak
kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati
paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat
keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)
4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric
acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty
asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk
membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan.
Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan
antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia
atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid
pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza,
berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan
heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai
antimikrobial.
Tindakan
antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu
mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau
envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus
berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides
menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua
lapisan plasma membran pada organism berkenaan.
Dari
beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah
membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah
berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas
mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
|
Jenis | Deskripsi |
Virus | Human immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+ |
Virus | Herpes simplex virus-1 (HSV-1) |
Virus | Herpes simplex virus-2 (HSV-2) |
Virus | Herpes viridae (all) |
Virus | Human lymphotropic viruses (type 1) |
Virus | Vesicular stomatitis virus (VSV) |
Virus | Visna virus |
Virus | Cytomegalovirus |
Virus | Epstein-Barr virus |
Virus | Influenza virus |
Virus | Leukemia virus |
Virus | Pneumonovirus |
Virus | Sarcoma virus |
Virus | Syncytial virus |
Virus | Rubeola virus |
Jenis | Dekripsi |
Bacterium | Listeria monocytogenes |
Bacterium | Helicobacter pylori (gram negative) |
Bacterium | Hemophilus influenzae (gram negative) |
5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia
6- Dikelaskan sebagai functional food.
Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE)
bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk
kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan
sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara
adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus
kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.
Lauric
acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan
fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin
di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat
antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang
digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan
atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes,
cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk
listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa
seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia
berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara
capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang
mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin
di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah
menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia
masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes
simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).
Dr.
Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa
monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh
virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus
herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram
positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang
untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap
chlamydia dan virus herpes simplex.
PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik
adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan
mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan
berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap
ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan
losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan
minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan
sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya
menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat
mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak
orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak
kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas,
sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan
kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet.
Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu
banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu
melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga
dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam
keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya
yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara
tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan
tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan
cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi
seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit
yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.
Mengapa
minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan
pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang
dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan
luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi,
aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan
jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau
sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang
tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat
kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk
meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan
khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah
kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang
kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian
yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain,
menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan
kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa
minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa
penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara
diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana
yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids,
telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak
ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh
lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.
Dari
huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang
digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak
manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.