APEL adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu. Ia dedifinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.
Buat masa ini, APEL di Malaysia hanya untuk tujuan kemasukan ke IPT sahaja. Sehingga kini penilaian APEL telah dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

1. | Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3); |
2. | Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4); |
3. | Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan |
4. | Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7). |
Meja Bantuan
Segala penghantaran permohonan dan pertanyaan berkaitan penilaian APEL boleh dikemukakan kepada pegawai berikut:
Pegawai: |
Mr. Mohamad Azley bin Ahmad |
Tel : +603-7968 7112 |
Email : azley@mqa.gov.my |
Alamat: |
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) |
Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ |
No.17 Jalan Yong Shook Lin |
46050 Petaling Jaya |
SELANGOR DARUL EHSAN Sumber :http://www.mqa.gov.my/APEL/index1.cfm |