Loading...
Selamat Tahun Baru 2014 jobgowork.blogspot.com

Jawatan Kosong Link 1

Jawatan Kosong Link 2

Jawatan Kosong Link 3

Jawatan Kosong Link 4

Jawatan Kosong Link 5

Monday, 17 September 2012

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

INFO PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA

Khabar gembira disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan tentang program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia.. Daripada apa yang di baca, rakyat yang layak memohon adalah mereka yang berpendapatan isi rumah maksimum sehingga RM3000..

Antara maklumat tentang program ini adalah :

  • Beliau berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.
  • Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon
  • borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
  • penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif dan jangka masa pembinaan ke-14 hari berbanding 70 hari
  • Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia
Contoh pelan RMR1M adalah seperti di bawah :






SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
Sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180 untuk maklumat lanjut.

Popular Posts

Loading...